Blogged.my

Tuesday, March 8, 2011

Tips Ujian Keserasian Pasangan

Assalamualaikum

Kali ini saya nak kongsi tentang tips2 memilih pasangan.. tips ni sesuai untuk mereka yang ada pasangan tetapi masih ragu2...hhmmm
Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup kita itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang  itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak". Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawab "Ya" tanda right.. kalau "Tidak" tanda pangkah.. soalan-soalannya...

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah si dia itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah si dia terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri? 

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda dengannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah si dia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah si dia seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah si dia seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah si dia itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah si dia bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah si dia seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah si dia itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah si dia seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah si dia boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perhubungan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perhubungan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perhubungan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian....

Ssshhhuuuuttt :: Renung2kan dan selamat beramal... :)

1 comment:

aliasarflyaa said...

nice..hehe :)

joint grup kakiblogger kt fb..then promote blog ni..insyallah, ley p jauh :)