Blogged.my

Thursday, March 24, 2011

Petua awet muda

Assalamualaikum

Semua orang nak nampak cantik kan...especially yang pompuan tu...hehhee...sama la kita ;) 
haaa..mai nak kongsi sikit petua...jom baca sama2...

* Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun tidur...nilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
* Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
* Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu... Pusingkan jari ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
* Lakukan setiap pagi disusuli dengan minum air suam sebelum mengambil sarapan pagi... haaa, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan..

* Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi... Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati... Kemudian, baru diteguk..Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi... Geli ke..?? mulut sendiri kan...lgpun memang terbukti jadi penawar...so....try ok..! ;)

* Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda...

* Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun...kalau kawasan rumah yang takda rumput tu...pandai2 lah ye... :p

* Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat...Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat..

* Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi tau...

* Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.Minumlah setelah setengah jam selepas makan...bukannya apa...nanti boleh buat perut kita ni buncitt tau...no no no...! ;)

* Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
* Amalkan solat tahajud.
* Sentiasa tenang dan bersikap positif.
* Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
* Maafkan semua orang sebelum tidur.....

Shhuuuttt :: berseri2 la lepas ni...heeee ;)

1 comment:

Misae said...

nanti ajar surah waqiah tu boleh?