Blogged.my

Wednesday, December 7, 2011

Teknik untuk Membebel

Assalamualaikum

Mengapa wanita suka membebel? berleter? kebanyakan perempuan suka membebel dan menganggap bebelan ini sebagai peringatan, prihatin dan salah satu cara berkomunikasi dengan orang yang disayang... Sila perhatikan mak2 kita nenek dan makcik2...semua suka berleter...betul? Sebabnya mereka sayangkan kita..kalau mak2 kita buat tak tahu, lantak la apa nak jadi jika bilik tak berkemas, dah nak masuk magrib tapi masih belum solat asar, nak masak sambal sotong pun tekial2, nak potong bawang pun berjam2... Dan bayangkan keadaan macam tu kita berada di rumah mertua...oohhhmyyy...malu ok ! huhu.. Oleh itu, dalam keadaan kita pekakkan telinga kena bebel yang sampai boleh nanah telinga..tak salah kita bukak sedikit ruang untuk terima bebelan itu..semuanya untuk menjadikan kita seorang yang lebih berguna pada diri sendiri.. ;)

Disertakan juga teknik untuk kita menyampaikan mesej bebelan kepada seseorang atau 'bahasa' yang boleh diterima oleh telinga dan sel otak pendengaran seseorang itu :-


  • Tidak perlu diulang-ulang perkara yang telah anda sebut semalam, tadi, bulan lepas dan yang sewaktu dengannya. Dia memang sudah tahu dan memang sentiasa memikirkannya..cuma diamkan diri dan akan bertindak mengikut masa dan keadaan yang sesuai untuk dirinya. Kalau inginkan juga beri peringatan kepadanya, sila umumkan agar dia bersedia untuk menerima leteran anda... " Abang, sayang nak berleter ni..beri sayang sepuluh minit boleh..." (contoh untuk suami isteri)
  • Tuliskan peringatan, mesej dan arahan yang ingin anda sampaikan kepada orang yang ingin dibebel dalam bentuk nota peta minda dan ditampal di depan pintu peti ais atau mana2 tempat yang senang dilihat oleh mereka...Lebih bagus sediakan pen dan kertas supaya mesej anda dapat dibalas..mungkin mereka juga mahu memberi idea yang bernas terhadap bebelan kita..Pendekatan ini mungkin boleh diterima bagi yang telinganya tidak tahan bebelan..
  • Puji mereka di awal perbualan atau sebelum anda berleter..Puji kehebatannya supaya mereka lebih bertenaga  dan ceria di atas pujian anda..Selepas itu anda bebel lah sepuasnya dan jangan lupa beritahu padanya yang anda telah puas berleter dan tidak perlu mengambil apa2 tindakan....just listen!
  • Beri hadiah istimewa kepada orang yang hendak dibebel selepas anda terasa puas dapat berleter, berilah skrip ini kepada mereka, "Terima kasih ye sayang kerana sudi mendengar saya berleter tadi..Lega rasanya hati ni.." Lepas ni pasti mereka redha menerima bebelan kita..

Seharusnya kita bersabar sebagaimana Khalifah Sayidina Umar al-Khatab r.a. mendengar leteran isterinya...Yakinlah kita telah melegakan 50% stress yang sedang dialami oleh orang yang sangat suka berleter... :)

ssshhhuuttt :: berleter dapat panjangkan umur?