Friday, August 26, 2011

Selamat hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari je lagi ni... berhati2 ketika drive pulang ke kampung tu...semangat nak raya pun jangan di lupa orang tersayang yang menanti kita pulang...jangan jadikan jalan raya sebagai pusara...Nauzubillah...

jom dengar lagu raya ni.... ;)



ssshhuuuttt :: selamat hari raya housemate , memen dan kawan2 sekalian alam..... maaf zahir batin ;)

Tuesday, August 23, 2011

Tidak ku pinta mahar yang tinggi

Assalamualaikum


Bujang Senang dan Bujang Belum Terlajak
Di hujung tahun sebegini sememangnya para 'bujang senang' mahupun 'bujang belum terlajak' mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.

Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.
Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.
Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.
"Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k."
"Anak pak seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu."
"Anak saya kawin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun."
Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.

Monday, August 22, 2011

Bila dah mengantuk

Assalamualaikum

Suatu hari yang dingin dengan suhu 18darjah celcius disulami hujan di luar ofis.....mata semakin kuyu seperti mengantuk disorongkan bantal...tercari2 apa yang boleh membuatkan mata segar sikit...jom baca !




(1) ""Anak kamu yang nakal..!!""
Seorang lelaki berkata pada tetangganya,

“Anak lelaki aku yang baru berusia 9 tahun ternyata sangat nakal, dia telah membuat pembantu rumah kami yang baru berusia 18 tahun hamil!!!”.

Tetangga: “Macam mana boleh berlaku macam tu?” Pakcik: “Dia telah melubangi semua kondom aku dengan paku..!!” 


(2) ""Gaduh""
Sepasang suami isteri sedang berada dalam kereta, menyusuri jalan dalam kota, dan saling mendiamkan karena beberapa menit lalu mereka baru saja bergaduh.

Tak lama, mereka melewati sebuah kawasan persawahan di mana banyak terdapat kambing dan kerbau yang sedang merumput.

Si Suami menunjuk ke kawanan kambing dan kerbau itu sambil berkata sinis kepada si Isteri, “Adik-beradik mu ya tuh?”

“Iya,” jawab si Isteri, “adik-beradik ipar.”


(3) ""Kirakira""
 
Cikgu Siti ditugaskan untuk mengajar budak Pra-sekolah... Subjek yang diminta untuk mengajar ialah matematik ataupun ilmu kira-kira. Memandangkan murid-muridnya pandai sikit , bodohnye yang banyak...Cikgu Siti kena lah ajar secara asas...

Cikgu Siti: Murid-murid... Hari ini cikgu akan ajar kamu penambahan..Cikgu nak tanya kamu soalan yang  senang dulu...Kamu boleh gunakan jari untuk mengira..Ok, soalan pertama 1+1 berapa??

murid-murid satu kelas angkat tangan dan kaki...

Murid A: jawanpannya 2 cikgu...

Cikgu Siti : Ok bagus... 4+4??

Murid B: 8 cikgu...

Cikgu Siti: Pandai... 5+5??

Murid C: Saya kira dapat 11 cikgu...

Cikgu Siti: Cube kamu kira sekali lagi...

Murid C: Dapat 11 juga cikgu...

Cikgu Siti: Macam mana kamu kira  boleh dapat 11??

Murid C: Saya kira dalam seluar cikgu....( sambil jari-jemarinya dimasukan kedalam seluar)

ssshhhuuuttt :: sengalll ! tq borak sempoi ;D

Thursday, August 18, 2011

Boleh Buat Maksiat Dengan Syarat.......

Assalamualaikum

Suatu hari yang dingin di bulan puasa yang tenang sambil mengisi masa yang ada..membelek2 majalah SOLUSI ....tertarik dengan 1 point ni...siapa kata tak boleh buat maksiat..dunia sekarang semakin mencabar...TAPI INGAT !


Dalam kitab Imam al-Qurtubi, diceritakan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat iaitu IbrahimAdham.
Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat..
Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham : "Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat.... :

  1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah
  2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNya
  3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak akan kamu
  4. Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu, maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau bertaubat..Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat
  5. Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk berbuat maksiat.. "
Setelah mendengar kata-kata tersebut, lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk  melakukan maksiat kepadaNya..
Akhirnya, lelaki itu menemui jalan hidayah..Dia bertaubat kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh..Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh... Allahu'alam...renung-renungkan.... ;)


ssshhuuttt :: lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu...perempuan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal...jangan tersalah faham dengan akal dan nafsu yang diberi... Terima kasih ! ;)

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Quran

Assalamualaikum



ssshhhuutt :: Salam Nuzul Quran untuk semua  ;) 







Tuesday, August 9, 2011

Untukmu Sahabat

Assalamualaikum,

Tiada kata seindah bicara yang dapat diungkapkan untukmu yang bernama sahabat...

Sesungguhnya.....

Tiada selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabatnya yang telah dicari... (Saidina Ali)


Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang... (Saidina Ali)


Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu...


Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat....


Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut...


Supaya engkau beroleh sahabat,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang....






sshhuutt :: moga perkenalan dan persahabatan kita berkekalan hingga akhirnya..amin~  ;)