Tuesday, May 31, 2011

Terkenangkan kenangan

Assalamualaikum

Suatu petang yang dingin sambil menonton dokumentari kat ofis, tiba2 teringat makayah nun jauh di Tanah Suci mengerjakan umrah... Disember 2004 merupakan tahun mereka menunaikan Haji...Alhamdulillah semuanya selamat...

Apa yang mengejutkan, penghujung Disember 2004 juga berlakunya Tsunami.. waktu tengahari dan dalam perjalanan ke majlis kenduri sedara....destinasi Tol Juru sewaktu berhenti menunggu rombongan yang lain turut merasai gegaran...pakcik di rumah turut melaporkan air dalam akuarium berkocak kuat...Kawan2 yang bersuka ria di Pantai Batu Feringghi juga berdepan dengan kejadian yang menakutkan....
Dengan sekelip mata ombak besar tiba2 menghempas pantai...mujur mereka terselamat...
Ramai yang terkorban...sedih...tapi apa yang tertulis itulah yang berlaku dan yang telah ditetapkan takdir....
Tuhan Maha Berkuasa.....

 Dan sekali lagi Tsunami berlaku pada Mac 2011..kali ini di Jepun...
Segalanya musnah sekelip mata....hilang barang boleh dibeli ganti tapi hilang ahli keluarga tersayang takkan dapat dicari ganti dan tak mungkin sama seperti asal.....


ssshhuuttt :: semoga apa yang berlaku ini ada hikmahnya... kita hanya merancang Tuhan yang menentukan

Wednesday, May 4, 2011

Taubat dan Air Mata

Assalamualaikum

Seseorang akan mengalirkan air mata bila berjumpa dengan perasaan sedih..begitu juga bila terlalu gembira akan mengundang air mata.....Permulaan hidup dengan menerima khabar lahirnya insan yang suci di atas muka bumi ini disambut dengan tangisan syukur dan gembira....disusuli dengan dugaan, ujian dan cabaran akan membawa air mata bersama....sehinggalah kisah hidup seseorang itu berakhir juga akan diiringi air mata......

Tangisan kerana sayang dan berlemah lembut
Tangisan kerana takut dan gerun
Tangisan kerana rindu dan cinta
Tangisan kerana girang dan gembira
Tangisan kerana terkejut dan tidak bersedia menghadapi musibah
Tangisan kerana sedih
Tangisan kerana lemah dan daif
Tangisan lakonan dan pura-pura
Tangisan yang diberi upah
Tangisan kerana simpati

Segalanya bermula dari lubuk hati yang akan membawa kesedaran , keinsafan dan rasa takutkan Allah....
Berhati-hati lah pada hati yang telah kotor dan berkarat...jangan dibiar sampai gelap dan tak mampu lagi ditembusi cahaya keinsafan....
Kesan dari hati yang keras akan membuatkan segalanya kering..tiada lagi air mata keinsafan....

"Tangiskanlah untuk mata yang tidak boleh lagi menangis ! "