Friday, November 25, 2011

Penerang Hati

Assalamualaikum

Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi



ssshhhuuuttt :: lindungi hati kami untuk sentiasa tetap bersamaMu... amin ~

Monday, November 21, 2011

Pekerja Kerajaan Memang Sibuk

Assalamualaikum


Suatu petang sambil menunggu waktu tamat bekerja..satu penyelidikan telah dijumpai mengenai sikap tentang pekerja kerajaan yang dikatakan memang sibuk...Kajian ini dilakukan dan dibuktikan oleh top5 .. Adakah betul apa yang dihasilkan ini..? sebagai salah sorang ahli gomen ni, ada betul jugak dan setuju jugak la dengan kajian yang di lakukan ini..hihihi.. check it out !



    Adakah anda sering menyangka pekerjaan kerajaan sentiasa tidak sibuk?? Anda silap, tahukah anda bahawa pekerja kerajaan sentiasa sibuk dengan facebook . Hasil daripada temuramah team team top5, lebih 90% pekerja kerajaan memiliki facebook. Pernahkah anda mengkaji siapakah yang sering online awal2 pagi lagi?? Apakah sektor pekerjaan mereka?? Tetapi anda jangan salah faham, mereka berfacebook mempunyai matlamat yang tersendiri. Mereka ingin meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang teknologi maklumat yang pesat membangun sekarang, apalah salahnya sekiranya mereka menggunakan kemudahan yang ada untuk menambah ilmu pengetahuan mereka. Ini juga secara tidak langsung menguntungkan kerajaan kerana dapat melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat.


      Pekerja kerajaan juga akan sentiasa juga sibuk untuk memperluaskan lagi empayar perniagaan masing2. Mereka bijak menggunakan peluang yang ada untuk menambah sedikit pendapatan keluarga. Faktor ini juga serba sedikit dapat membantu melahirkan rakyat yang berpendapatan tinggi. Mereka juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi yang mungkin dapat dipraktikkan untuk melayan kerenah orang awam nanti dan ini secara tidak langsung meningkatkan lagi mutu kerja mereka. Ini adalah salah satu contoh yang boleh dijadikan bukti bahawa pekerja kerajaan sentiasa sibuk.


        Tahukah anda bahawa kerjasama dalam kumpulan adalah amat penting di dalam sesebuah organisasi. Pekerja kerajaan juga akan sentiasa sibuk untuk meeting walaupun tanpa arahan daripada pegawai atasan. Mereka akan cuba sedaya upaya  untuk mengadakan meeting walaupun hanya melibatkan di kalangan mereka sahaja. Lihat, betapa kuatnya semangat berpasukan yang mereka tunjukkan. Mungkin mereka akan membincangkan mengenai permasalahan jabatan atau negara. Mereka memilih cara ini kerana masing2 akan diberi peluang untuk menyatakan pandangan atau idea masing2. Sekiranya anda menyatakan mereka tidak sibuk, anada sebenarnya telah 1000x silap dalan membuat anggapan.


          Adakah anda beranggapan bahawa  mereka tidak sibuk hanya semata-mata melihat mereka beberapa kali keluar minum ketika waktu pejabat dalam sehari?? Betapa teruknya prasangka anda terhadap mereka. Anda perlu mengikis sifat negatif ini. Tahukah anda betapa penatnya meeting yang dilakukan dengan sukarela dan ikhlas walaupun tanpa arahan dari pegawai atasan?? Meeting yang dianjur sendirian juga telah menunjukkan betapa komitednya mereka dalam pekerjaan.  Jadi apa salahnya sekiranya mereka melepaskan sedikit kehausan jika nak dibandingkan dengan pendapat bernas yang telah mereka sumbangkan. Mungkin di kedai minum juga mereka membincangkan mengenai permasalahan yang wujud. Janganlah kita mempertikaikan kededikasian mereka dengan minuman secawan. Kita kena yakin bahawa kerja mereka sentiasa sibuk.

          Anda pernah nampak pekerja kerajaan di shopping complex?? Sabar dahulu….. Anda jangan menilai sesuatu itu dengan mata kasar sahaja. Pasti mereka ada sebab di sebalik itu kerana kerja mereka sentiasa sibuk. Tidakkah pernah anda bertanya mengapa mereka ada di shopping complex ketika waktu kerja?? Tidakkah anda tahu bahawa dengan bersiar2 di luar sebentar, dapat mengurangkan tekanan yang mereka hadapi. Anda harus faham, dengan membincangkan mengenai permasalahan jabatan atau negara, ini akan memberi sedikit tekanan kepada mental mereka. Jadi dengan cara ini dapat mengurangkan sedikit rasa tekanan yang mereka hadapi dan mungkin pada meeting yang seterusnya mereka akan dapat memberikan pendapat yang lebih bernas lagi.


          ssshhhuuuttt :: alahai gomenn ;)