Wednesday, March 30, 2011

Lelaki zina untuk perempuan zina....?

Assalamualaikum

Berkongsi ilmu lagi

Akhirnya, Allah SWT berfirman : "Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik." (Surah An-Nur : 3)

Dalam ayat lain Firman Allah : "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.." ( Surah An-Nur : 26 )

Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di 'nasakh' kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. (Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah)

Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah swt memberikan jodoh lelaki atau wanita 'jahat'  kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di atas.
Hikmah yang Allah Maha Mengetahui.. amat besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh (membantu menjadikan seseorang itu menjadi soleh) apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.

Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya.
Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merudum jatuh.
Nauzubillahi min zalik ~

Ssshhuuttt :: semoga kita dilindungi selalu..amin

Jauhi hutang bila nak kahwin

Assalamualaikum

Pasangan yang ingin berkahwin, sedarlah...

  • Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, "kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".

  • Hantaran kahwin seharusnya adalah pemberian ikhlas pihak lelaki dan bukannya paksaan oleh pihak perempuan

  • Janganlah mendekati hutang di awal perkahwinan

  • Muafakat antara pasangan sebelum perkahwinan membawa keberkatan yang berterusan dalam perkahwinan

  • Jangan gunakan alasan duit tiada untuk tidak berkahwin dan mengambil keputusan untuk terus membujang

  • Belajar untuk jadi kreatif dalam menangani bajet yang kecil untuk melangsungkan perkahwinan
Kongsi ilmu dengan semua klik sini
Jadi, tak payah la nak terpengaruh dengan orang lain kalau ada mulut2 yang bercakap di luar pengetahuan kita...yang penting kita dan pasangan tak kebulur lepas kahwin nanti...sederhana lebih memadai......

Sshhhuuuttt :: termenung panjang bila pikir hal duit...dunia dunia.....

Friday, March 25, 2011

Indahnya Ciptaan

Assalamualaikum

" Apa yang sedang ibu lakukan? "
"Ibu sedang menyulam nak... " jawab ibunya sambil menusukkan jarum dengan benang ke permukaan kain..

" Tapi buat apa ? " anak itu masih bertanya hairan.. " Sulaman itu kelihatan buruk sekali..hanya benang-benang yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat..."

Ibunya tersenyum lalu memberi isyarat pada anaknya untuk berdiri...
"Berdirilah nak..! tengok sulaman ni dari atas sini "

Anak itu berdiri dan menhampiri ibunya.Dia berjalan mendekati ibunya dan melihat sulaman karya ibunya dari atas.Dia berasa terkejut dan kagum pada keindahannya...

"Begitu indah sulaman ni wahai ibu..padahal sulaman itu begitu buruk bila dilihat dari bawah.." kata anak itu.
Ibunya hanya tersenyum sambil membelai kepala si anak...

Itulah antara contoh kehidupan kita..kita hanya melihat sebahagiaan dari perbuatanNya dari bawah, maka kita dapati ianya buruk dan tidak menyenangkan, malah kita mengeluh dan menyalahkanNya...Kalau kita boleh bersabar dan berusaha melihatnya dari tempat yang tepat, tentu kita akan memiliki sikap yang berbeza..

Pandangan mata hanya mampu melihat sebahagian bawah dari reka cipta yang ada pada kehidupan ini, sementara dengan mata hati yang bersih dan dengan pengetahuan yang lurus, kita mampu melihat reka cipta dari bahagian atas.kita juga mampu melihat keindahannya....

Apabila kita mampu melihat keindahan itu, kita tidak akan lagi mengeluh bahkan kita akan kagum pada reka cipta yang indah itu...Jika kita tidak mampu menggunakan mata hati yang jernih dan tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi, maka kita harus melihatnya dari bawah.. Seperti seorang anak yang dipaksa makan ubat pahit oleh ibunya, kita tidak mengetahui apa yang sedang terjadi pada diri kita kerana itu kita mula menyangka yang tidak baik dan kita juga menyangka buruk terhadapNya.......

ssshhhuuuttt :: syukur alhamdulillah...... ;) 

Thursday, March 24, 2011

Petua awet muda

Assalamualaikum

Semua orang nak nampak cantik kan...especially yang pompuan tu...hehhee...sama la kita ;) 
haaa..mai nak kongsi sikit petua...jom baca sama2...

* Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun tidur...nilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
* Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
* Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu... Pusingkan jari ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
* Lakukan setiap pagi disusuli dengan minum air suam sebelum mengambil sarapan pagi... haaa, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan..

* Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi... Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati... Kemudian, baru diteguk..Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi... Geli ke..?? mulut sendiri kan...lgpun memang terbukti jadi penawar...so....try ok..! ;)

* Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda...

* Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun...kalau kawasan rumah yang takda rumput tu...pandai2 lah ye... :p

* Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat...Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat..

* Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi tau...

* Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.Minumlah setelah setengah jam selepas makan...bukannya apa...nanti boleh buat perut kita ni buncitt tau...no no no...! ;)

* Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
* Amalkan solat tahajud.
* Sentiasa tenang dan bersikap positif.
* Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
* Maafkan semua orang sebelum tidur.....

Shhuuuttt :: berseri2 la lepas ni...heeee ;)

Sunday, March 20, 2011

Anda mungkin tak percaya..!


Assalamualaikum

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca...
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya.... ;)
  
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.


KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.  


KELIMA.  
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.  


KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.  


KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.  

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.   


KESEPULUH.  
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
 

KEDUABELAS.  
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.  
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"


KEEMPATBELAS.  
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS.  
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar..


KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar. 

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH.  
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU
Adaketikanya anda perlu bersendirian.


Ssshhuuutttt :: rasa mcm nak senyum panjang... :)

Friday, March 18, 2011

Blogger bukti rakyat bebas bersuara

Assalamualaikum

Lahirnya lebih 2 juta blogger kat negara kita yang aman permai ni berjaya membuktikan kita sememangnya hidup di dalam negara pemerintahan bercorak berdemokrasi...ya!demokrasi yang menggunakan suara rakyat dalam menentukan pemimpin negara atau tampuk pemerintahan...

Kewujudan blog sebagai media baru membolehkan kita sebagai rakyat bebas melontarkan pendapat masing2..jadi.....marilah kita blogger2 sekalian alam meneruskan perjuangan kita berblog mempertahankan hak kita bersuara... majulah blog untuk negara...! alamak..mcm nak berpolitik pulak... ;p

Sumber : Kosmo Online, 18/3/2011
 

Sshhuuttt :: yg menulis ni pun baru merangkak nak berblog.....huhuhu..

Wednesday, March 16, 2011

Bahana cas handphone

Assalamualaikum

Sekadar mahu berkongsi dan moga dapat menjadi pedoman bagi kita....

1. "Jangan charge HP anda semalaman dan JANGAN diletakkan berdekatan anda ketika HP sedang di charge."

2. "Jangan menjawab panggilan masuk ke HP ketika sedang di charge!!"


Nak dijadikan cerita......

Beberapa hari yang lalu, seorang lelaki sedang men ‘charge’ HP di rumahnya.
Dalam masa yang sama, ada panggilan masuk dan dia menjawabnya ketika HP tersebut masih tersambung di kabel letrik . Setelah beberapa saat, arus letrik masuk ke HP tanpa dijangka dan lelaki tersebut terlempar ke lantai dengan kerasnya...
Mendengar bunyi letupan dari arah bilik, parentsnya bergegas dan terlihat dirinya pengsan, dengan degupan jantung yang lemah dan jari terbakar.....
Dia dikejarkan ke hospital berdekatan, tapi tidak dapat diselamatkan.....






Ssshhuuuttt :: menakutkan...! kadang2 terbuat jugak perangai macam ni...huhuhu


SMS semasa memandu

Assalamualaikum



Ssshhuuuttt :: ingatlah orang yang tersayang...

Sekadar tatapan

Assalamualaikum


Ssshhuuutttt :: renung-renungkan....... 


Tuesday, March 15, 2011

Cerita sewel untuk orang baligh

Assalamualaikum

Memandangkan keadaan petang yang mengantuk ni, jom la buang masa sat baca cerita sewel yang bagi geli2 bulu ketiak kita...moh~

cerita 1 :

     Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana.Taklah pulak disebut miskin. Emaknya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Kerana kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti walaupun dengan perbelanjaan seadanya.
     Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga di fakulti yang sama. Ayu adalah puteri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga berketurunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai. Ayah Ayu yang mengetahui puterinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta puterinya. Maka setelah mereka berdua lulus peperiksaan, pernikahan pun berlansungkan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan. Emak Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian,langsir, sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya.
     Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ? Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berdua pun memasuki peraduan dengan bahagia.Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, dan akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan.
     Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Aduh!!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh emaknya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,”BERAT BERSIH 25 KG” . Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.. >.<

cerita 2 :

Pada suatu hari, di sebuah pusat pemeriksaan Imegresen lapangan terbang KLIA
seorang tok arab ingin memasuki Malaysia....
Pegawai : Name please?
Tok Arab : Abu Mughairah
Pegawai : Sex?
Tok Arab : sometimes 6, sometimes 7, the whole week..
Pegawai : No...I mean male or female...?
Tok Arab : It's doesn't matter male or female, some time camel also can....
 @.@.....

cerita 3 :

Question : What is the smallest hotel in the world?
Answer : Itis Vagina Inn because it can only accommodate 1 standing occupant who must leave
his 2 baggages outside!
........2 prostitutes were in a taxi, on their way home after work.
Bitch 1 : I smell sperm!
Bitch 2 : Sorry, I burped!

cerita 4 : 

Question: Why is sperm donation more expensive than blood donation?
Answer: Because itis HANDMADE!!

cerita 5 :

Question : What is the closest thing that is similar to a woman's period?
Answer : Your salary, it comes once a month, lasts about 5-7 days and if it doesn't come, it means
you are in big trouble!

Friday, March 11, 2011

Jawatan kosong.... oh~

Assalamualaikum

Tertarik dengan isu dalam berita harian hari ni... "Banyak kerja kosong belum diisi".
Di war-warkan sebanyak 162,180 kerja kosong yang ditawarkan melalui portal JobsMalaysia, masih belum diisi hingga akhir bulan lalu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Banyak betul kerja yang ditawarkan untuk penganggur kat negara kita ni....syukur sangat...guna la peluang ni sebaik2 mungkin...nanti ada pulak ramai warga asing yang monopoli sektor kerja kat Malaysia ni...rasa macam kat negara asing je...huuuu..takut di tempat sendiri....

Hmmmm...kesian jugak kat graduan2 kita ni bila kurang permintaan atau keperluan industri terhadap bidang pengajian mereka...Ada jugak faktor lain di mana kebanyakan majikan meletakkan pengalaman bekerja sebagai kriteria permohonan....kelemahan graduan seperti kurang mampu berkomunikasi serta menulis dalam bahasa Inggeris....Ada pulak graduan bersikap memilih tempat bekerja atau mengharapkan gaji tinggi, selain tidak mendapat maklumat mencukupi mengenai peluang pekerjaan....

Tapi.....macam mana pulak kalau kita yang tak pernah jemu hantar resume, apply semua kerja, ikut prosedur bila tiap kali keluar iklan tapi masih tak dapat peluang walaupun dipanggil interview...tambah pulak bila dapat tahu dari mulut2 yang tak sedap didengar sekarang ni orang apply kerja kena guna 'orang dalam'.....ciiss! apa lah nasib orang yang tak guna 'orang dalam' ni....sampai tua takda kerja ke macam mana ni....padahal result pun gempak beb! ..hmmmm....

SABAR3....! belum ada rezeki la nampaknya....takpe la...yang penting jangan putus asa dan teruskan usaha dan tak lupa berdoa pada yang Esa mohon diberi peluang.....AMIN~  :)

Sumber : Berita Harian Online, 11/3/2011

sssshhhuuuuttt :: I'll always right beside u en.sayang...heee ;p

Thursday, March 10, 2011

Contest Mesti Menang

Assalamualaikum

Selepas beberapa kali menilik,membelek blog  Miss Tatie tentang contest yang dianjurkan tu...rasa macam nak join...best jugak berangan kan..hehehe... :p

**** Perkahwinan saya lebih lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana saya hanya mahu sekali seumur hidup menjadi yang halal untuknya...berasa tanggungjawab untuk bersama selamanya menempuh dugaan senang dan susah bersama-sama dan.....melahirkan pewaris yang dapat menjaga maruah agama dan bangsa kita....Insyaallah..amin....~

Now i'm presenting my lovely purple concept............



Pelamin anganku....WOW! hehehe...sweet kan....mengagumkan..comel..meriah banyak bunga..siap ada sangkar burung lagi..cute...i like...... ;)
haaa....memandangkan tema kita ungu, tak boleh juga semuanya nak ungu..nanti tenggelam la raja sehari kita kan... :p
emm,gambar ni search kat google..1st tengok gambar ni terus jatuh hati..macam nak kawin sekarang jugak..hahah..sabar oke sabar...sekarang kita tengah berangan..jangan over ok... :)
Saya pinjam gambar pelamin ni ye cik ladymiaka86.blogspot.com.. heee..tq



Seterusnya baju pengantin buat si raja sehari.... :)
Memandangkan konsep yang saya angankan ialah serba ungu or lavender or sama waktu dengannya...jadi, baju pengantin mesti lah warna ungu...emmm, saya juga minat dengan songket....taste ala2 orang lama..hihii...tak salah kan kita yang hidup di zaman serba moden ni guna pakai idea orang lama kita kan...cantik songket ni sebenarnya tahu... :)
macam gambar kat atas ni kita boleh gabungkan unsur songket dengan unsur moden...sweet... ;)



Macam baju pengantin ni pulak sangat ayu....ala2 pasangan pahlawan zaman 5Hang kan...hehehe...
ayu dan sopan anak mak..... :)



Ni pulak sireh junjung.....wajib ada bagi setiap hantaran...adat Melayu kita.... :)
bunga mawar warna ungu pun mesti ada ok...tambah jugak bunga kemboja atau bunga melur untuk wangikan sireh junjung kita...wangian semula jadi gitu... ;)


Hantaran untuk pengantin.... :)
Gabungan riben ungu dan mawar putih sangat cantik untuk hiasan hantaran...mengikut kreativiti masing2 kan macam mana hantaran tu digubah...bagi yang pandai mengubah, dapat la jimatkan kos majlis yang paling bermakna dalam hidup kita..... :)



Tak lupa juga cenderahati untuk para tetamu sebagai tanda ingatan....
Home made chocolate ye...
Sesuka hati je nak tambah cikit...heeeee  :)

Walaupun angan2 saya ni tak berapa nak grand..tp cukup la sekadar kenangan sederhana sekali seumur dalam hidup....Jangan terlalu membazir dan tidak membebankan kedua2 keluarga terutama en suami yang akan menghadiahkan wang hantaran...
Yang paling penting kehidupan selepas berumah tangga....
SEKIAN  =)


sshhuuuttt :: moga panjang jodoh kita my en.sayang ;)


Your flash banner maker

Tuesday, March 8, 2011

Tips Ujian Keserasian Pasangan

Assalamualaikum

Kali ini saya nak kongsi tentang tips2 memilih pasangan.. tips ni sesuai untuk mereka yang ada pasangan tetapi masih ragu2...hhmmm
Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup kita itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang  itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak". Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawab "Ya" tanda right.. kalau "Tidak" tanda pangkah.. soalan-soalannya...

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah si dia itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah si dia terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri? 

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda dengannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah si dia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah si dia seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah si dia seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah si dia itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah si dia bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah si dia seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah si dia itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah si dia seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah si dia boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perhubungan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perhubungan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perhubungan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian....

Ssshhhuuuuttt :: Renung2kan dan selamat beramal... :)

Monday, March 7, 2011

Balas Balas Balas

Assalamualaikum

Hhhhmmmmmm....mengeluh panjang baca kisah pelajar kena belasah dek kawan2 tu...hmmm..apa la nak jadi budak2 sekarang ni..Ada yang tak puas hati je nak belasah...buli macam2...ingat la budak2 oi..baju sekolah masih tersarung....jaga la imej sebagai pelajar sekolah..nama baik sekolah..nama baik ibu bapa....

Belajar pun tak habis lagi dah nak tunjuk samseng...apa la yang dapat kalau asyik nak tunjuk ego tu...Takda guna pun adik2 sekolah ku sayang....
Ubah la jadi pelajar yang berguna..panjang lagi masa untuk capai cita2...usaha sungguh2...Berkat usaha dan doa ibu bapa la akan beri kejayaan pada kita...

*Terbebel la pulak....hmmmm geram geram....*

Wednesday, March 2, 2011

Induksi oh Induksi

Assalamualaikum

Hampir 2minggu tak begerak isi blog ni kan....Banyak kerja mungkin...haha..tp kerja pembantu ni apa lah sangat nak dibandingkan dengan kerja pegawai.....Apa pun kita mesti bersyukur..... :)

Dalam merancang untuk meraikan sambutan maulidur rasul aritu...yakni berkira2 untuk bekerja pada cuti umum tu...tiba2 ada sorang akak dari cawangan Dungun mengantoikan mood bekerja pada hari tu...
"adik tengok ke belum portal staff...? nama adik tersenarai untuk induksi kali ini..."
Duussshhh! hahaha...kena pegi induksi weh....macam2 persoalan automatik masuk otak terpikir apa la yang akan berlaku kat sana nanti....hhmmmm...tapi yang best nya...kawan2 baik pun tersenarai jugak..yess!! i like! takda la bosan nanti..heheheh  >.<

Pergi lah jugak budak2 ni ke Pusat Latihan Kg Gajah,Perak...... 16-26 feb 2011....10 hari kott.....huhuhu...
Tinggal la semua kerja,tinggal la en suami,puan isteri masing2 demi menunaikan kewajipan sebagai penjawat awam...hahah..poyo.... :p


 Detik perjalanan yang membosankan, meredah hutan kampung yang ulu dan jauh dari hidup kota...dengan kemudahan yang diberi walaupun tak setanding hotel 5bintang...makan 6kali sehari...ceramah pagi sampai ke petang dan ada juga melalut ke malam...huhuhuuu.....akhirnya berjaya jugak kami menghabiskan kursus khusus dan umum di sana....walaupun pada mulanya masing berkira2 hari bila nak habis semua tu...hehe... ;)

Macam2 kenangan dan pengalaman yang dapat di bawa balik ke tempat kerja masing2.....dan yang penting,kita balik dengan ilmu di dada untuk menjadi pekerja yang lebih baik dan memahami nilai etika penjawat awam.... *ayat tak boleh blah...hahah*

ssshhuuutt..:: Semoga en.sayang saya dimurahkan rezeki olehNya selalu...Amin.... :)