Tuesday, April 5, 2011

Utamakan pasangan yang tidak merokok...!

Assalamualaikum

Belek membelek folder kat pc ni...terjumpak pulak 1 email ni... Jom baca...

Tips ni diberikan oleh Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin tentang memilih pasangan..Dr Asri mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan...


Ini antara beberapa alasan;

1) Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.

2) Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

3) Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

4) Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

5) Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Alasan-alasan ini dan selainnya, saya menasihatkan kawan2 dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ antara ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing...lagipun kesan akibat merokok ni semua orang pun tahu macam mana kan...menakutkan ok!
  
MANGSA...HUHUHU

 




AMIK KAU....BAKOR KITE BAKOR..BAKOR...!

 
PAHAM2 LAH SENDIRI..HUHUH


ssshhuuuutttt :: mencegah lebih baik dari merawat.... ;)