Sunday, April 3, 2011

Misi dan Visi

Assalamualaikum

Sebenarnya saya mahu berkongsi cerita mengenai pembabitan saya dalam industri 'pemblogergan' ini. 'Manis Masam Manis' sebenarnya diambil dari cerita P Ramlee iaitu Masam Masam Manis. Watak P Ramle dan Sharifah Hanum yang mencuit hati dan skrip yang bernas sebenarnya mengambarkan kehidupan seharian yang dilalui setiap kita sendiri. Kadang tidak seindah yang kita fikirkan berlaku, kadang perkara yang tidak disangka itu terjadi untuk memberi kesedaran dan pengajaran, kadang perlakuan yang dipamerkan biar pun 'baik' masih dipertikai.

 Sebagaimana berbagai kerenah kehidupan dan peristiwa yang dipertontonkan oleh P Ramlee di dalam cerita tersebut begitulah juga anda boleh dapati dari blog ni (syok sendiri :p). Pelbagai isu akan saya kongsi dan kupas untuk kepuasan diri dan menambah pelajaran untuk diri sendiri.

Saya suka membaca. Sebelum mempunyai pages sendiri saya akan 'mengeledah' pelbagai laman web, blog-blog, majalah, buku ilmiah, buku tak ilmiah dan ruangan di akhbar-akhbar akan saya tatap untuk menambah maklumat di ruang minda saya. Ruangan DCCK di Utusan Malaysia misalnya.

Kehidupan yang menduga dan diduga ini sebenarnya jika diharungi tanpa ilmu mungkin sedikit sebanyak membebankan :-). Sharing is caring. Tak gitu?


Shhhuuttt :  ''Borak Sempoi''. Lawati lah, sokong blog kawan-kawan :-)

1 comment:

Misae said...

cik puan, awak ade visitor dari johor bahru lah.. *wondering*