Friday, April 15, 2011

Takut Jarum atau Takut Sakit

Assalamualaikum

Pagi tadi terpandang 1 poster Kempen Derma Darah kat notice board library....Tiba2 terus teringat story kawan lama ni pasal derma darah...gara2 nak temankan pakcik dia buat amal, tup2 pakcik dia pulak yang pengsan...hai pakcik..takut jarum ke..padahal dia jugak yang bersemangat nak derma darah..orang cakap kalau derma darah lepas tu kena derma lagi..betul ke...? hmmmm..pape hal pun respek la kat sapa2 yang sanggup derma darah tu..dapat menyelamatkan nyawa orang ok..apatah lagi pahala.... ;)


 :p
Ada pulak sesetengah orang kalau sakit je mesti nak injection..katanya tak perlu makan ubat dan dapat injection, ubat terus masuk dalam badan...ada pulak yang takut jatuh sakit sebab takut kena inject..dengar je JARUM terus buat2 pengsan...hehehe...macam2 kan manusia ni.... ;)



Nak bagi jugak tips yang mungkin dapat membantu bagi sapa2 yang nak kena inject tu...
  • Jangan mengganggapnya sesuatu yang memeningkan kepala...Jangan fikir berapa besar jarum yang bakal digunakan.bila berfikir, lagi lah bertambah risau..
  • Fikir tentang perkara lain..cuba alihkan perhatian fikir tentang perkara yang menggembirakan ke bawak kawan2 yang boleh teman dan bagi semangat..jangan bawak kawan yang takut jarum sudah..nanti hal lain pulak yang jadi..
  • Teruskan saja..maklumkan pada doktor supaya anda mahu disuntik dengan cepat sebab anda takut pada jarum...
  • Jangan pandang jarum..saat jarum memasuki tubuh anda, anda digalakkan melihat ke arah lain.mungkin anda akan rasa menyesal atau menyumpah sebab rasa sakit dan bila tangan digerakkan tentu melambatkan proses atau tempat lain pulak yang sakit..
  • Aku sudah dewasa ! ya..fikirkan anda bukan kanak2 lagi dan jarum bukan pisau yang boleh membunuh..bayangkan seperti nyamuk gigit je...
  • Relax ! bertenang dan berdoa supaya segalanya dipermudahkan...
  • Jika semua di atas tu masih tak dapat membantu, anda boleh mintak pada doktor untuk disuntik dalam keadaan berbaring sebab dalam keadaan ini dapat mengurangkan rasa hendak pitam... ;)


steady je...hehe :p

Bagi sesetengah orang yang terlalu obses dengan jarum, tergamak pulak dia suntik benda yang tak sepatutnya... botox, vitamin C, kolagen dan macam2 adikberadik tu pun dia cucuk....Ye la untuk kecantikan dan kesihatan..tapi Tuhan dah bagi anugerah yang cukup cantik..tapi nak jugak diubah2...Bersyukur la...Haram semua tu...tak diterima bumi ok...

menakutkan !
boleh dapat mimpi ngeri ni..huhu

sshhhuuuttt :: sebulan dah escape dari Dr Hani....sorry doktor..sy bz sikit bulan ni.. :p

3 comments:

Misae said...

nak buat botox jugak!!! sexy kot..hahaha

mynamealia said...

nice info! pic budak tu lawak. haha~ btw, anda dh penah derma darah ke?kihkihkih

aimiaimi said...

misae :: ada duit apa pun boleh.. :p
mynamealia :: hehehehe...mcm taklayak je lg...