Blogged.my

Wednesday, April 20, 2011

Comel Comel Comel !

Assalamualaikum
Baru2 ni dapat email dari akak opis....mungkin ramai dah pernah tengok kot gambar2 ni..tapi tak pe laa...nak share jugak..gambar2 yang sangat comel tentang life cycle panda ! jom  ;)
   

baby panda baru lahir...comel ;)
 kasi cuci bagi bersih..


lap..lap..lap lagi... 

tengok mata saya...hihihi

dah naik bulu2..corak badan saya pun dah ada..hee  :)

 
alamak..kuku saya dah panjang la.. :p

dalam inkubator lagi ni.... ;) 

comelkan saya tidooo... ;)

bergolek2 kiri ke kanan..lembutnya tilam.... :)

dah pagi ke ni...malasnya nk bangun...huh

nak tido lagi lahh...

taraa....saya dah besar ! nak pelok nak pelok! :)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

jangan jadi cam ni sudah la ye...hahah
.
.
.

sori abg manis.....hihihihihihik


ssshhuutt :: nanti buat life cycle untuk anak cucu yeyen lak tau kakyaa  ;)

Friday, April 15, 2011

Takut Jarum atau Takut Sakit

Assalamualaikum

Pagi tadi terpandang 1 poster Kempen Derma Darah kat notice board library....Tiba2 terus teringat story kawan lama ni pasal derma darah...gara2 nak temankan pakcik dia buat amal, tup2 pakcik dia pulak yang pengsan...hai pakcik..takut jarum ke..padahal dia jugak yang bersemangat nak derma darah..orang cakap kalau derma darah lepas tu kena derma lagi..betul ke...? hmmmm..pape hal pun respek la kat sapa2 yang sanggup derma darah tu..dapat menyelamatkan nyawa orang ok..apatah lagi pahala.... ;)


 :p
Ada pulak sesetengah orang kalau sakit je mesti nak injection..katanya tak perlu makan ubat dan dapat injection, ubat terus masuk dalam badan...ada pulak yang takut jatuh sakit sebab takut kena inject..dengar je JARUM terus buat2 pengsan...hehehe...macam2 kan manusia ni.... ;)



Nak bagi jugak tips yang mungkin dapat membantu bagi sapa2 yang nak kena inject tu...
  • Jangan mengganggapnya sesuatu yang memeningkan kepala...Jangan fikir berapa besar jarum yang bakal digunakan.bila berfikir, lagi lah bertambah risau..
  • Fikir tentang perkara lain..cuba alihkan perhatian fikir tentang perkara yang menggembirakan ke bawak kawan2 yang boleh teman dan bagi semangat..jangan bawak kawan yang takut jarum sudah..nanti hal lain pulak yang jadi..
  • Teruskan saja..maklumkan pada doktor supaya anda mahu disuntik dengan cepat sebab anda takut pada jarum...
  • Jangan pandang jarum..saat jarum memasuki tubuh anda, anda digalakkan melihat ke arah lain.mungkin anda akan rasa menyesal atau menyumpah sebab rasa sakit dan bila tangan digerakkan tentu melambatkan proses atau tempat lain pulak yang sakit..
  • Aku sudah dewasa ! ya..fikirkan anda bukan kanak2 lagi dan jarum bukan pisau yang boleh membunuh..bayangkan seperti nyamuk gigit je...
  • Relax ! bertenang dan berdoa supaya segalanya dipermudahkan...
  • Jika semua di atas tu masih tak dapat membantu, anda boleh mintak pada doktor untuk disuntik dalam keadaan berbaring sebab dalam keadaan ini dapat mengurangkan rasa hendak pitam... ;)


steady je...hehe :p

Bagi sesetengah orang yang terlalu obses dengan jarum, tergamak pulak dia suntik benda yang tak sepatutnya... botox, vitamin C, kolagen dan macam2 adikberadik tu pun dia cucuk....Ye la untuk kecantikan dan kesihatan..tapi Tuhan dah bagi anugerah yang cukup cantik..tapi nak jugak diubah2...Bersyukur la...Haram semua tu...tak diterima bumi ok...

menakutkan !
boleh dapat mimpi ngeri ni..huhu

sshhhuuuttt :: sebulan dah escape dari Dr Hani....sorry doktor..sy bz sikit bulan ni.. :p

Sunday, April 10, 2011

Surat cinta dari kekasih

Assalamualaikum



Merindui kekasihku yang disayangi... ingatlah pesan ku ini sampai bila2 ye...

Jika rindukan aku...
rindukanlah pada Rasulmu..

Jika sayangkan aku..
sayangkanlah pada saudara mu...

Jika sukakan aku...
perbaikilah amalanmu...

Jika cintakan aku...
cintailah Tuhanmu....

yang ikhlas...kekasihmu :)




Tuesday, April 5, 2011

Utamakan pasangan yang tidak merokok...!

Assalamualaikum

Belek membelek folder kat pc ni...terjumpak pulak 1 email ni... Jom baca...

Tips ni diberikan oleh Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin tentang memilih pasangan..Dr Asri mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan...


Ini antara beberapa alasan;

1) Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.

2) Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

3) Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

4) Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

5) Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Alasan-alasan ini dan selainnya, saya menasihatkan kawan2 dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ antara ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing...lagipun kesan akibat merokok ni semua orang pun tahu macam mana kan...menakutkan ok!
  
MANGSA...HUHUHU

 




AMIK KAU....BAKOR KITE BAKOR..BAKOR...!

 
PAHAM2 LAH SENDIRI..HUHUH


ssshhuuuutttt :: mencegah lebih baik dari merawat.... ;)

Sunday, April 3, 2011

Misi dan Visi

Assalamualaikum

Sebenarnya saya mahu berkongsi cerita mengenai pembabitan saya dalam industri 'pemblogergan' ini. 'Manis Masam Manis' sebenarnya diambil dari cerita P Ramlee iaitu Masam Masam Manis. Watak P Ramle dan Sharifah Hanum yang mencuit hati dan skrip yang bernas sebenarnya mengambarkan kehidupan seharian yang dilalui setiap kita sendiri. Kadang tidak seindah yang kita fikirkan berlaku, kadang perkara yang tidak disangka itu terjadi untuk memberi kesedaran dan pengajaran, kadang perlakuan yang dipamerkan biar pun 'baik' masih dipertikai.

 Sebagaimana berbagai kerenah kehidupan dan peristiwa yang dipertontonkan oleh P Ramlee di dalam cerita tersebut begitulah juga anda boleh dapati dari blog ni (syok sendiri :p). Pelbagai isu akan saya kongsi dan kupas untuk kepuasan diri dan menambah pelajaran untuk diri sendiri.

Saya suka membaca. Sebelum mempunyai pages sendiri saya akan 'mengeledah' pelbagai laman web, blog-blog, majalah, buku ilmiah, buku tak ilmiah dan ruangan di akhbar-akhbar akan saya tatap untuk menambah maklumat di ruang minda saya. Ruangan DCCK di Utusan Malaysia misalnya.

Kehidupan yang menduga dan diduga ini sebenarnya jika diharungi tanpa ilmu mungkin sedikit sebanyak membebankan :-). Sharing is caring. Tak gitu?


Shhhuuttt :  ''Borak Sempoi''. Lawati lah, sokong blog kawan-kawan :-)

Nikmat kesusahan

Assalamualaikum

Berkongsi kisah pengalaman seorang pekerja yang mendapat tugasan penelitian di Bandung.Bersama 3 orang rakan, dia ditugaskan untuk mengambil data berhubung kualiti udara di salah satu jalan di kota yang berudara sejuk itu.Dia merasa kurang selesa kerana terpaksa bertugas di luar pejabat dan mesti berjaga selama 24 jam..Jam menunjuk kan pukul 11malam, tetapi matanya sudah mula mengantuk...Udara Bandung yang dingin mula membuatkan dia merasa mahu pulang ke rumah dan tidur.Alat pengukur suhu menunjukkan angka 17darjah celcius...dan patut sangatlah dia terasa sangat mengantuk,dingin dan letih menjadi satu....Dia mula berasa kesal mengapa dia yang terpilih untuk bertugas padahal orang lain yang bekerja normal nyenyak tidur di rumah...

Beberapa ketika kemudian dia terlihat seorang pakcik lingkungan 50an berseragam lengkap tanpa jaket sedang menyapu jalan...melihatkan jam di tangan ketika itu baru pukul 2.30 pagi malah masih terlalu awal..Pertama kali dia melihat ada orang yang bekerja seawal pagi begitu.Dia mula terfikir pukul berapa pakcik tidur, bila dia bangun siap2 diri untuk keluar bekerja....Tanpa rasa kotor dan jijik pula pakcik itu menyapu dan membuang sampah di sepanjang jalan raya yang lengang itu....Mulia sungguh pekerjaan pakcik...Dengan rasa hati yang tertarik melihat perlakuan pakcik itu, dia mula menghampiri pakcik itu untuk membantunya membuang sampah dan berhasrat untuk mengorek rahsia pakcik itu...

" Pakcik tidur selepas Isyak sekitar jam 9malam, " pakcik itu memulakan bicara... " kemudian bangun semula jam 1pagi dan pakcik sempat untuk qiamullail, setelah itu baru pakcik bersiap untuk keluar menyapu jalan..Sebelumnya,jika ada makanan di rumah, pakcik akan makan dulu jika tidak pakcik akan bersarapan teh  panas saja...Selesai menyapu dan membuang sampah, jam 4pagi Alhamdulillah pakcik sempat berjemaah Subuh di masjid...Selesai itu pakcik pulang ke rumah dan membantu isteri pakcik menyiapkan kuih yang akan dijual di kantin sekolah...Syukur pakcik masih sihat walaupun pekerjaan pakcik mengangkut sampah dan mungkin sering cergas bergerak menyapu stiap hari, maka pakcik tidak pernah sakit... "

Ketika ditanya mengenai pendapatannya, pakcik itu menjawab... " Alhamdulillah..rezeki sentiasa ada.kalau soal cukup atau tidak dengan gaji RM150 sebulan apalagi dengan keadaan sekarang pastinya tidak cukup..Anak pakcik yang kecil masih bersekolah.Tapi semuanya sudah diambil kira, pakcik akan terus berusaha..yang penting berkat.. "

Menangis dan terasa malu bila mengenangkan hidup pakcik itu.Pakcik yang sudah berusia dan tanpa rasa mengeluh tetap berusaha mencari rezeki  malah selalu mengucapkan rasa syukur dalam keadaannya yang sebegitu...
Bagaimana pula kebanyakan kita sekarang ini yang hidup serba moden, bergelumang dengan harta tapi asyik mengeluh dengan persoalan yang remeh..Wang banyak tapi tekanan dan kecewa..Pekerjaan dan gaji lumayan tapi stress dan tidak tenang..Rumah mewah yang dilengkapi aircond tapi tak lena tidur...Anehkan hidup.....

ssshhuuttt :: teringat pengorbanan makayah....