Blogged.my

Saturday, February 12, 2011

Valentine atau Maulidur Rasul ??

Assalamualaikum

14 Februari merupakan satu tarikh yang mungkin ditunggu-tunggu oleh sesetengah orang..VALENTINE DAY! hhmmmm....HARI KEKASIH ! Mungkin ada sesetengah kapel tak sabar nak tunggu tiba nya tarikh ni...boleh dapat hadiah dari yang tersayang...makan sama-sama..tengok wayang....disenangkan cerita dating lah kan....
Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki ( sense of belonging ) adalah fitrah..Kalau naluri tak wujud pada diri seseorang, tak normal la namanya..Tak salah dan tak berdosa kalau perasaan cinta itu hadir... Indah kan... :)  Tapi.......tundukkan rasa cinta itu supaya kita patuh pada perintah Allah.....

" Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu, untuk mencintaiMu dan mencintai orang yang cinta kepadaMu, juga perbuatan yang dapat menyampaikan diriku ke arah cintaMu..Ya Allah, jadikanlah kecintaan pada Mu itu lebih aku cintai daripada diriku sendiri, juga melebihi kecintaan pada keluargaku serta melebihi kecintaan kepada air yang dingin... "  [HR At-Tarmidzi]



Maulidur Rasul pula adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal Tahun Gajah. Baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah swt.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya...
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah swt terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, Allah swt akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.... 
Allahu'alam


1 comment:

mynamealiaa said...

kakak saya ada blog...:)