Assalamualaikum
Suatu hari yang dingin di bulan puasa yang tenang sambil mengisi masa yang ada..membelek2 majalah SOLUSI ....tertarik dengan 1 point ni...siapa kata tak boleh buat maksiat..dunia sekarang semakin mencabar...TAPI INGAT !
Dalam kitab Imam al-Qurtubi, diceritakan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat iaitu IbrahimAdham.
Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat..
Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham : "Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat.... :
- Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah
- Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNya
- Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak akan kamu
- Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu, maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau bertaubat..Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat
- Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk berbuat maksiat.. "
Akhirnya, lelaki itu menemui jalan hidayah..Dia bertaubat kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh..Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh... Allahu'alam...renung-renungkan.... ;)
ssshhuuttt :: lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu...perempuan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal...jangan tersalah faham dengan akal dan nafsu yang diberi... Terima kasih ! ;)
No comments:
Post a Comment