Blogged.my

Wednesday, June 8, 2011

Perspektif Jodoh

Assalamualaikum
Macam2 tanggapan orang bila bercakap tentang jodoh kan..jom kita semak apa yang betul dan apa yang salah mengenai jodoh....

Yang Salah :: Jodoh tidak perlu dicari
Yang Betul :: Allah menyuruh manusia berusaha

Yang Salah :: Perempuan hanya perlu menunggu
Yang Betul :: Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah s.a.w

Yang Salah :: Perempuan tidak bnayak pilihan, tetapi lelaki banyak pilihan
Yang Betul :: Perempuan berhak memilih

Yang Salah :: Alang2 sudah terlanjur, teruskan saja kerana tidak mungkin lagi untuk menemui lelaki/perempuan yang baik
Yang Betul :: Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya

Yang Salah :: Pasangan yang banyak perbezaan tidak kekal dalam perhubungan
Yang Betul :: Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling melengkapi

Yang Salah :: Perlu bercinta sebelum berkahwin
Yang Betul :: Ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal.. Islam menganjurkan cinta selepas kahwin

Yang Salah :: Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber'SMS' dan berjumpa
Yang Betul :: Selagi belum berkahwin syariat membataskan hubungan antara pasangan..mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau berSMS sehingga melalaikan

Yang Salah :: Janji manis pasangan harus dipercayai. contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya, " I tak ada harta, tapi I ada cinta "
Yang Betul :: Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mungumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya.. hidup berumah tangga perlu banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga..semuanya memerlukan belanjawan

Yang Salah :: Contoh yang lain, " I tak akan usik U sebelum kita nikah "
Yang Betul :: Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana saja yang dibawa..oleh itu, tidak hairanlah apabila realiti menunjukkan ramai pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah penzinaan..

Sumber : Majalah Solusi 2011




ssshhuuuttt :: panjanglah jodoh kami & dipermudahkan segalanya..aminn

2 comments:

mynamealiaa said...

alolo juruhnye :)

p/s: aminnnnn :))

Anonymous said...

hehehhehe