Assalamualaikum
Seseorang akan mengalirkan air mata bila berjumpa dengan perasaan sedih..begitu juga bila terlalu gembira akan mengundang air mata.....Permulaan hidup dengan menerima khabar lahirnya insan yang suci di atas muka bumi ini disambut dengan tangisan syukur dan gembira....disusuli dengan dugaan, ujian dan cabaran akan membawa air mata bersama....sehinggalah kisah hidup seseorang itu berakhir juga akan diiringi air mata......
Tangisan kerana sayang dan berlemah lembut
Tangisan kerana takut dan gerun
Tangisan kerana rindu dan cinta
Tangisan kerana girang dan gembira
Tangisan kerana terkejut dan tidak bersedia menghadapi musibah
Tangisan kerana sedih
Tangisan kerana lemah dan daif
Tangisan lakonan dan pura-pura
Tangisan yang diberi upah
Tangisan kerana simpati
Segalanya bermula dari lubuk hati yang akan membawa kesedaran , keinsafan dan rasa takutkan Allah....
Berhati-hati lah pada hati yang telah kotor dan berkarat...jangan dibiar sampai gelap dan tak mampu lagi ditembusi cahaya keinsafan....
Kesan dari hati yang keras akan membuatkan segalanya kering..tiada lagi air mata keinsafan....
"Tangiskanlah untuk mata yang tidak boleh lagi menangis ! "
1 comment:
entry yg bagus :))
Post a Comment