Blogged.my

Wednesday, March 30, 2011

Jauhi hutang bila nak kahwin

Assalamualaikum

Pasangan yang ingin berkahwin, sedarlah...

  • Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim, "kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah mudah (rendah) perbelanjaan (mahar)".

  • Hantaran kahwin seharusnya adalah pemberian ikhlas pihak lelaki dan bukannya paksaan oleh pihak perempuan

  • Janganlah mendekati hutang di awal perkahwinan

  • Muafakat antara pasangan sebelum perkahwinan membawa keberkatan yang berterusan dalam perkahwinan

  • Jangan gunakan alasan duit tiada untuk tidak berkahwin dan mengambil keputusan untuk terus membujang

  • Belajar untuk jadi kreatif dalam menangani bajet yang kecil untuk melangsungkan perkahwinan
Kongsi ilmu dengan semua klik sini
Jadi, tak payah la nak terpengaruh dengan orang lain kalau ada mulut2 yang bercakap di luar pengetahuan kita...yang penting kita dan pasangan tak kebulur lepas kahwin nanti...sederhana lebih memadai......

Sshhhuuuttt :: termenung panjang bila pikir hal duit...dunia dunia.....

Friday, March 25, 2011

Indahnya Ciptaan

Assalamualaikum

" Apa yang sedang ibu lakukan? "
"Ibu sedang menyulam nak... " jawab ibunya sambil menusukkan jarum dengan benang ke permukaan kain..

" Tapi buat apa ? " anak itu masih bertanya hairan.. " Sulaman itu kelihatan buruk sekali..hanya benang-benang yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat..."

Ibunya tersenyum lalu memberi isyarat pada anaknya untuk berdiri...
"Berdirilah nak..! tengok sulaman ni dari atas sini "

Anak itu berdiri dan menhampiri ibunya.Dia berjalan mendekati ibunya dan melihat sulaman karya ibunya dari atas.Dia berasa terkejut dan kagum pada keindahannya...

"Begitu indah sulaman ni wahai ibu..padahal sulaman itu begitu buruk bila dilihat dari bawah.." kata anak itu.
Ibunya hanya tersenyum sambil membelai kepala si anak...

Itulah antara contoh kehidupan kita..kita hanya melihat sebahagiaan dari perbuatanNya dari bawah, maka kita dapati ianya buruk dan tidak menyenangkan, malah kita mengeluh dan menyalahkanNya...Kalau kita boleh bersabar dan berusaha melihatnya dari tempat yang tepat, tentu kita akan memiliki sikap yang berbeza..

Pandangan mata hanya mampu melihat sebahagian bawah dari reka cipta yang ada pada kehidupan ini, sementara dengan mata hati yang bersih dan dengan pengetahuan yang lurus, kita mampu melihat reka cipta dari bahagian atas.kita juga mampu melihat keindahannya....

Apabila kita mampu melihat keindahan itu, kita tidak akan lagi mengeluh bahkan kita akan kagum pada reka cipta yang indah itu...Jika kita tidak mampu menggunakan mata hati yang jernih dan tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi, maka kita harus melihatnya dari bawah.. Seperti seorang anak yang dipaksa makan ubat pahit oleh ibunya, kita tidak mengetahui apa yang sedang terjadi pada diri kita kerana itu kita mula menyangka yang tidak baik dan kita juga menyangka buruk terhadapNya.......

ssshhhuuuttt :: syukur alhamdulillah...... ;) 

Thursday, March 24, 2011

Petua awet muda

Assalamualaikum

Semua orang nak nampak cantik kan...especially yang pompuan tu...hehhee...sama la kita ;) 
haaa..mai nak kongsi sikit petua...jom baca sama2...

* Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun tidur...nilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
* Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
* Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu... Pusingkan jari ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
* Lakukan setiap pagi disusuli dengan minum air suam sebelum mengambil sarapan pagi... haaa, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan..

* Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi... Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati... Kemudian, baru diteguk..Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi... Geli ke..?? mulut sendiri kan...lgpun memang terbukti jadi penawar...so....try ok..! ;)

* Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda...

* Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun...kalau kawasan rumah yang takda rumput tu...pandai2 lah ye... :p

* Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat...Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat..

* Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi tau...

* Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.Minumlah setelah setengah jam selepas makan...bukannya apa...nanti boleh buat perut kita ni buncitt tau...no no no...! ;)

* Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
* Amalkan solat tahajud.
* Sentiasa tenang dan bersikap positif.
* Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
* Maafkan semua orang sebelum tidur.....

Shhuuuttt :: berseri2 la lepas ni...heeee ;)

Sunday, March 20, 2011

Anda mungkin tak percaya..!


Assalamualaikum

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca...
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya.... ;)
  
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.


KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.  


KELIMA.  
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.  


KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.  


KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.  

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.   


KESEPULUH.  
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
 

KEDUABELAS.  
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.  
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"


KEEMPATBELAS.  
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS.  
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar..


KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar. 

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH.  
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU
Adaketikanya anda perlu bersendirian.


Ssshhuuutttt :: rasa mcm nak senyum panjang... :)

Friday, March 18, 2011

Blogger bukti rakyat bebas bersuara

Assalamualaikum

Lahirnya lebih 2 juta blogger kat negara kita yang aman permai ni berjaya membuktikan kita sememangnya hidup di dalam negara pemerintahan bercorak berdemokrasi...ya!demokrasi yang menggunakan suara rakyat dalam menentukan pemimpin negara atau tampuk pemerintahan...

Kewujudan blog sebagai media baru membolehkan kita sebagai rakyat bebas melontarkan pendapat masing2..jadi.....marilah kita blogger2 sekalian alam meneruskan perjuangan kita berblog mempertahankan hak kita bersuara... majulah blog untuk negara...! alamak..mcm nak berpolitik pulak... ;p

Sumber : Kosmo Online, 18/3/2011
 

Sshhuuttt :: yg menulis ni pun baru merangkak nak berblog.....huhuhu..

Wednesday, March 16, 2011

Bahana cas handphone

Assalamualaikum

Sekadar mahu berkongsi dan moga dapat menjadi pedoman bagi kita....

1. "Jangan charge HP anda semalaman dan JANGAN diletakkan berdekatan anda ketika HP sedang di charge."

2. "Jangan menjawab panggilan masuk ke HP ketika sedang di charge!!"


Nak dijadikan cerita......

Beberapa hari yang lalu, seorang lelaki sedang men ‘charge’ HP di rumahnya.
Dalam masa yang sama, ada panggilan masuk dan dia menjawabnya ketika HP tersebut masih tersambung di kabel letrik . Setelah beberapa saat, arus letrik masuk ke HP tanpa dijangka dan lelaki tersebut terlempar ke lantai dengan kerasnya...
Mendengar bunyi letupan dari arah bilik, parentsnya bergegas dan terlihat dirinya pengsan, dengan degupan jantung yang lemah dan jari terbakar.....
Dia dikejarkan ke hospital berdekatan, tapi tidak dapat diselamatkan.....






Ssshhuuuttt :: menakutkan...! kadang2 terbuat jugak perangai macam ni...huhuhu


SMS semasa memandu

Assalamualaikum



Ssshhuuuttt :: ingatlah orang yang tersayang...