Blogged.my

Thursday, June 7, 2012

Kita ada DIA

Assalamualaikum

Ya Allah ya tuhanku
Kau berilah kami kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang penuh dugaan dan pancaroba ini
Kau tabahkan la dan kuatkan hati2 kami
Kau lindungilah akidah , hati dan iman kami dari segala dugaan segala hasutan luar yang boleh merosakkan kami
Kau peliharalah rumah tangga kami Kau tetapkanlah kasih sayang kami sampai akhir hayat kami
Sesungguhnya engkau lah Maha Pemurah Maha Penyayang Maha Mendengar segala rintihan dan doa hambaMu Ya Rabbi... Aminnnn (^.^)



sshhhhhuuuttttt :: yaa...believe in HIM ! :')

Wednesday, March 21, 2012

Kadang Kadang Tetapi

Assalamualaikum

Kadang kadang apa yang kita mahukan tidak pernah dapat
Kita solat 5 waktu sehari semalam berdoa supaya beroleh apa yang dihajati
Tetapi..........Tuhan mahu menguji ketabahan hambaNya

Kadang kadang orang yang tidak pernah mendekatkan diri dengan Penciptanya
Berhasil dengan kejayaan yang hebat di dunia penuh kepuraan ini
Tetapi..........Tuhan mahu menguji keimanan hambaNya

Kadang kadang apa yang kita berusaha untuk kebaikan sesuatu perkara
Tidak berniat mahu menghina atau memperkecilkan sesuatu
Tetapi..........Tuhan mahu menguji kesabaran hambaNya


ssshhhuuuutttt :: aku sayang kamu kau awak dia :')

Friday, February 10, 2012

Hari Huru Hara

Assalamualaikum

Situasi pertama

Student : Kak..saya nak bayar saya print ni..
Akak Cun : Ye dik...berapa helai? (tepinga-pinga sebab khusyuk tengok gambar kt fb orang)
Student : 3 helai je kak..
Akak Cun : ok..rm 1.20 dik..bagi no pelajar (dah bersedia nak key in data)
Student : 01365*****....... ehh...no fon lak ! 2011****** (sambil senyum tersipu sipu malu)
Kawan student : hahahaha... ape yang ko ngigau ni wei.. (gelakkan kawan sendiri)
Akak Cun : senyum maneesss je... (tedetik dalam hati kalo hensem takpe gak nak bagi no hp.. haha)


Situasi kedua

Student : Akak..saya nak guna pc... (sambil menghulurkan pendrive)
Akak Cun : Kad pelajar dik... (senyum maneesss lagi)
Student : hehehe....sori kak (sambil hulur semula kad pelajarnya)
Akak Cun : senyum maneesss je....(agak2 la busy nk guna pc ponn...haiiihhh)


Situasi ketiga

Student : Saya nak bayar ni kak....5 helai berapa? (dah bukak wallet)
Akak Cun : Rm 1.50... (sambil minimize fb beliau....kantoi main fb time office hour walopun dah kena
                   block...haha)
Student : Alamak...tak cukup 40sen...pinjam duit (sambil mengharap kasih simpati dari kawan)
Akak Cun : ok...no pelajar berapa ?
Student : 2011******...... nak pinjam stapler jap kak (mulut muncung menunjukkan stapler kat atas cpu)
Akak Cun : Yang tu rosak (sambil bukak drawer bagi stapler yang ok)
Student : Tq kak... ! (senyum sambil simpan stapler dalam poket seluar)
Akak Cun : muka blurr...(kenapa mesti simpan stapler dalam poket seluar)
Kawan Student : Stapler akak tu la... hahaha (sambil cuit lengan kawan dia)
Student : eeehhhh..hehehe...sori kak (keluar dengan cover muka macho)
Akak Cun : senyum maneesss je... ( loraattt budak budak ni )



ssshhuutttt :: cun sangat ke aku arini ? coklat crispy teselit kat gigi ke ? haha...yes ! aku memang cun  ;)
             

Tuesday, January 31, 2012

Terukir di Bintang

Assalamualaikum

 Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat..
 Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
 Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang..
 Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
 Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”
 Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

 Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
 Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
 Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki..
 Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena..
 Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal..
 Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga!


tiada mereka tiada lah kita :')

ssshhhuuutt :: terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu~ 

Tuesday, January 3, 2012

Tambah duit atau Jimat duit

Assalamualaikum


Hari ini sudah 3/1/2012..bermaksud sudah 3 hari kita melangkah ke tahun baru 2012! cepatnya masa berlalu...terasa seperti baru semalam bermain masak2, bermain rounders, baling selipar dan sekarang sudah memasuki alam pekerjaan...ffiiuhhh~ kalaulah boleh kembali ke zaman budak2 dan tidak perlu pening dengan karenah masalah dunia...KALAULAH


Tapi.....umur semakin meningkat dan kita perlu bekerja dan bekerja itu adalah ibadah untuk bekalan duniawi...Bila dah bekerja kita mesti mendapat ganjaran..ganjarannya ialah gaji..gaji pula berupa DUIT @ WANG..Masalah sekarang ialah DUIT @ WANG! Keluar rumah keluarlah duit...umpama perumpamaan NO MONEY NO TALK!



Sekarang ni ramai orang nak buat duit lebih untuk terus mengekalkan taraf hidup di masa-masa harga barangan semakin meningkat dan gaji tak naik-naik... Bermacam-macam cara dicuba. Ada yang join MLM, jual sandwich, jual prepaid, jual makanan kesihatan, jadi agen insurans, dan sebagainya...

Tapi tahukah kita ada cara yang lebih mudah? Apakah pulak caranya? Adakah ia betul2 mudah?
Dan caranya ialah dengan berjimat dan berbelanja cara berhemah...

Bagaimana nak berjimat? Kenapa susah sangat nak berjimat? hhhmmmmm -.-



Di sini nak share beberapa cara yang kita boleh gunakan untuk berjimat...
  1. Kurangkan makan di luar. Breakfast dan dinner kat rumah. Tahukah anda kos untuk buat teh kat rumah tak sampai 30sen. Anda terpaksa bayar RM1.20 kat kedai mamak!
  2. Beli barangan di pasaraya. Beli stok barangan dipasaraya untuk menjimatkan wang. Barangan dikedai runcit agak mahal. Tapi anda mesti berbelanja dengan menulis senarai barang dahulu!
  3. Rancang perjalanan. Selesaikan urusan sambil-sambil pergi/balik kerja. Jangan keluar banyak kali. Petrol mahal.
  4. Rancang perjalanan dan berikan lebih masa untuk sampai ke tempat yang dituju. Kalau bawa kereta tergesa-gesa dengan menekan pedal minyak dan brek secara mengejut, akan menambahkan penggunaan petrol. Ingat, petrol mahal.
  5. Pergi ke pusat membeli belah pada hari bekerja sebelah malam. Kalau pergi hari minggu, ramai orang bersesak-sesak, nak parking pun makan masa setengah jam, parking pun naik harga dari RM1 ke RM3, nak keluar pun jem.
  6. Beli barangan semasa ada sale. Barang seperti baju dan seluar (selain makanan) ada sale bila tiba musim perayaan. Jadi tunggulah masa harga murah untuk membeli.

ssshhhuutttt :: Azam tahun baru nak kumpul duit banyak2 supaya tidak makan megi pada 30hb padahal gaji baru 25hb..huhuhuu T.T  btw, SELAMAT TAHUN BARU! ;)