Blogged.my

Tuesday, June 28, 2011

Renung-renungkan !

Assalamualaikum

Sesapa yang baca entry2 kat blog ni kebanyakannya maklum blog manis masam manis ni sekadar blog untuk berkongsi ilmu hasil bacaan dari majalah2 , buku2 , ada juga hasil godek2 dari internet... bukan niat untuk mencaras.. tapi untuk sharing2 n tweet2 jah.... ;)

Kali ni jom kita renung2 kan info yang mungkin kita sendiri tak perasan tiap2 hari perkara ni berlaku dalam diri kita.....

Solat : 5 waktu sehari (1 waktu = 10 minit) 10 minit x 5 waktu = 50 minit
Tidur : sehari 8 jam = 480 minit
Makan : 3 kali sehari (sekali makan = 20 minit) 20 minit x 3 = 60 minit
Menonton televisyen : sehari 3jam = 180 minit
Bersembang / main internet : sehari 2 jam = 120 minit
Bekerja : sehari 8 jam = 480 minit

Info ni sekadar anggaran...ada juga yang tido kurang dari 8jam..tapi bila hari minggu atau hari cuti ,  masa tido mungkin bertambah...rehat yang cukup  ;)
ada juga yang makan sehari sekali...mungkin takda masa nak tengok t.v...tapi bagi yang gila fobia pada internet , sanggup berlebam mata kat depan pc....kannn...

Jadi....berbalik pada point asal...Allah swt mengurniakan kita 24 jam  (1440 minit ) sehari.. Apa perkara yang paling sedikit  kita lakukan dalam tempoh masa tersebut ? hmmmmm...
Pekara yang paling sedikit itulah yang memberi keselamatan kepada kita sehingga hari akhirat kelak....Fikir fikirkanlah.....

sumber : majalah Anis

sshhuuuttt :: tegur menegur pengikat kasih sayang  =)

Wednesday, June 22, 2011

Wanita memang komplexs ! yeke...

Assalamualaikum

Lelaki dan perempuan memang banyak beza kan..agak2 siapa yang tak buat semua ni dalam aktiviti harian kan..huhuhu  ;p

Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis sambil merokok or
10. G surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang,cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiiiuuww. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”
30. Sampai depan kaunter “berapa?”
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk..
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tg korang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau

No wonder women are more complex than men emotionally ....

Sumber : tentangcinta.com

ssshhuuttt :: dah nama pun perempuan... ;)

Wednesday, June 8, 2011

Perspektif Jodoh

Assalamualaikum
Macam2 tanggapan orang bila bercakap tentang jodoh kan..jom kita semak apa yang betul dan apa yang salah mengenai jodoh....

Yang Salah :: Jodoh tidak perlu dicari
Yang Betul :: Allah menyuruh manusia berusaha

Yang Salah :: Perempuan hanya perlu menunggu
Yang Betul :: Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah s.a.w

Yang Salah :: Perempuan tidak bnayak pilihan, tetapi lelaki banyak pilihan
Yang Betul :: Perempuan berhak memilih

Yang Salah :: Alang2 sudah terlanjur, teruskan saja kerana tidak mungkin lagi untuk menemui lelaki/perempuan yang baik
Yang Betul :: Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya

Yang Salah :: Pasangan yang banyak perbezaan tidak kekal dalam perhubungan
Yang Betul :: Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling melengkapi

Yang Salah :: Perlu bercinta sebelum berkahwin
Yang Betul :: Ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal.. Islam menganjurkan cinta selepas kahwin

Yang Salah :: Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber'SMS' dan berjumpa
Yang Betul :: Selagi belum berkahwin syariat membataskan hubungan antara pasangan..mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau berSMS sehingga melalaikan

Yang Salah :: Janji manis pasangan harus dipercayai. contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya, " I tak ada harta, tapi I ada cinta "
Yang Betul :: Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mungumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya.. hidup berumah tangga perlu banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga..semuanya memerlukan belanjawan

Yang Salah :: Contoh yang lain, " I tak akan usik U sebelum kita nikah "
Yang Betul :: Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana saja yang dibawa..oleh itu, tidak hairanlah apabila realiti menunjukkan ramai pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah penzinaan..

Sumber : Majalah Solusi 2011




ssshhuuuttt :: panjanglah jodoh kami & dipermudahkan segalanya..aminn