Blogged.my

Thursday, October 27, 2011

Macam kambing ?!

Assalamualaikum


Kau ibarat taik kambing..
kadang busuk bila basah dan tak berbau bila kering..
walaupun berbau dan sebusuk2 kambing..awak tetap wangi disisi saya..
peace yaa ! 






sshhuuutttt :: sedap jugak susu kambing...love you too ;)

Saturday, October 15, 2011

Anda pelupa?!

Assalamualaikum


Manusia dan lupa memang tak dapat dipisahkan..Menjadi lumrah jika kita sering terlupa.Kadangkala ia jadi secara tidak sengaja, itu lah TERLUPA...ada juga yang buat2 lupa..malas atau sengaja taknak ingat sesuatu perkara..Mungkin menganggap sesuatu perkara itu perkara remeh, jadi dia tidak mahu ingat dan buat2 LUPA..


Kanak-kanak : Apabila disuruh pergi ke kedai untuk membeli barang dapur yang simple...Contohnya disuruh beli bawang, belacan, asam keping, sos tomato dan gula. Mungkin si ibu mahu menguji ketahanan ingatan si anak..tetapi bila kanak-kanak ini dalam perjalanannya ke kadai dan terjumpa kawan2 yang sedang bermain, dia akan berhenti dan berkomunikasi dengan kawan2 dia..(standard la budak2) selepas beberapa minit menyambung perjalanan ke kedai, si anak itu akan TERLUPA apa yang dipesan oleh si ibu...


Pelajar sekolah : Tugasan sebagai pelajar tidak akan lari daripada membuat kerja sekolah, menghafal sifir, menghafal formula, membawa buku teks, membawa kertas warna untuk kelas seni...bila cikgu masuk kelas dan mula bertanya tentang kerja sekolah semalam, mula lah mencari alasan sebab tidak buat homework.. alasan tidak bawa buku adalah TERLUPA..tertinggal di rumah..alasan standard...


Suami Isteri : Fasa awal bercinta memang indah belaka..tidur tak lena,mandi tak basah,tidur tak lena...bagai pungguk rindukan bulan...selepas 25 tahun bersama, anak semakin besar,bebanan kerja bertambah dan macam2 masalah hendak dipikir...isteri depan mata pun boleh TERLUPA dan tertinggal di belakang... contohnya si isteri sedang mengunci pintu pagar rumah sambil si suami tunggu dalam kereta..tiba2 si suami meluncur laju keretanya meninggalkan isteri dalam keadaan terpinga-pinga dan terkebil-kebil..2minit kemudian, suami kembali depan pagar rumah sambil tersengeh2 membuka pintu kereta buat si isteri..alasannya "abg ingat syg dah naik" 


Atuk Nenek : Perkara biasa bila warga tua kita terlupa..usia semakin meningkat dan tahap ingatan berkurangan..nyanyuk katanya...Apabila ramai cucu balik kampung, anak si Minah namanya Hafiz..tapi dipanggil pulak dengan nama Amin..padahal tu anak si Piah.."Atuk TERLUPA cu...."


Kita mungkin dah terbiasa dengan keadaan yang macam ni kan..kalau bukan kita,kawan2 tak pun jiran dan orang lain...jadi, ada PETUA macam mana nak elak jadi pelupa ni.. 



  • Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir
  • Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
  • Tidur awal bangun awal
  • Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
  • Kurangkan makan benda masam
  • Banyak makan ikan, sayur, tempe, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
  • Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut.Buat 10 kali setiap pagi
  • Buat stretching bila bangun dari tidur
  • Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
  • Elakkan lihat kemaluan dan najis
  • Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
  • Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
  • Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah)
  • Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
  • Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
  • Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
  • Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umur pun panjang..Insyaallah~


sshhuuuttt :: semoga semuanya tetap kukuh di ingatan...amin~